Friday, 20 January 2017

Minggu pertama persekolahan

Ini adalah antara aktiviti yang telah dijalankan di sekolah sejak bermulanya sesi  persekolahan 2017 :- 

Orientasi murid Prasekolah dan tahun 1 serta pembelian buku
Program transisi untuk murid tahun 1
Penyampaian sumbangan oleh pihak kesihatan Selandar ( terima kasih daun keladi)  
Aktiviti pagi panitia bahasa Inggeris 
Senamrobik pada pagi Selasa
Gotong-royong dan perjumpaan kecemerlangan UPSR bersama ibubapa tahun 4, 5, dan 6
Tazkirah pada pagi Khamis 
Bacaan Surah Al-Kahfi dan Yassin
Dan lain - lain lagi.



Ingatan mesra kepada semua ibubapa,  penjaga, murid dan semua warga sekolah :-



  • Pastikan semua murid mempunyai kelengkapan sekolah yang lengkap. 
  • Sila hadir sebelum pukul 7.20 pagi
  • Kenderaan tidak dibenarkan menghalang laluan kenderaan lain ketika menghantar dan mengambil murid. Maklumlah jalan sekolah sempit. Lagipun tidak semua pemandu adalah pemandu yang mahir.
Keselamatan adalah yang utama:

Keselamatan pergi dan balik :

  • Pandulah dengan cermat dan bertimbang rasa. Ingatlah setiap nyawa itu berharga.
  • Pemakaian topi keledar bagi penunggang dan pembonceng motorsikal dapat mengelakkan kecederaan parah.
  • Sentiasa ingatkan anak2 supaya mematuhi peraturan jalanraya.
  • Jangan mengikut orang yang tidak dikenali.



Keselamatan ketika berada di sekolah
  • Jangan berlari2. 
  • Jangan bergurau melampaui batas sehingga boleh melukakan perasaan orang lain atau menyebabkan kecederaan. 
  • Jaga tingkahlaku.
  • Jaga disiplin.
  • Fikir sebelum bertindak. 
  • Beritahu orang dewasa jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • Patuhi arahan pengawas dan guru.
  • Ibubapa atau penjaga perlu mendaftar di pondok jaga jika ingin masuk ke kawasan sekolah.


Walaupun ini remeh, ia akan dapat mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini. Antaranya :
  • Kemalangan kerana kecuaian pemandu dan juga murid.
  • Kecederaan ( berlari, bermain kasar, bergaduh, tertelan bendasing dan sebagainya) 
  • Seorang murid A ( bukan nama sebenar) Di rumahnya,  telah bermain dengan duit syiling 50sen lama dan tertelan duit tersebut. Beliau tidak memberitahu oenag lain kejadian tersebut. Apabila di sekolah,  tiba - tiba beliau muntahkan duit syiling tersebut. 
Itulah sebabnya guru - guru sentiasa mengingatkan aspek keselamatan ini.
Ingatlah guru juga seorang ibu/ bapa. Apabila berlaku kejadian sebegini, gurulah yang akan berasa susah hati.

No comments:

Post a Comment