PIAGAM PELANGGAN
SK RAMUAN CHINA KECHIL
Kami Warga SKRCK, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrardan berjanji akan menumpukan usaha kami untuk;
- Memastikan semua murid yang bersekolah di sini akan mendapat pembelajaran pada hari pertama sesi pembelajaran baru.
- Memastikan murid-murid yang berada di tahap satu telah dapat menguasai 3M.
- Memastikan pengurusan peperiksaan yang dijalankan sebaik mungkin.
- Memastikan setiap murid yang bersekolah akan dijaga dari segi kebajikan yang sesuai.
- Memastikan setiap murid dapat mengikuti ko-kurikulum yang disediakan.
- Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan: - sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap. - menentukan segala surat yang memerlukan jawapan akan diberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sentiasa dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor, dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
FALSAFAH PENDIDIKAN
SK RAMUAN CHINA KECHIL
"Pendidikan di sekolah ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dari warga SKRCK untuk mewujudkan Sistem Pendidikan yang menyeluruh dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara"
S = SENANTIASA BERSIFAT TERBUKA
K = KETERAMPILAN DALAM SEMUA ASPEK
R = RAMAH, MESRA, DAN BERMOTIVASI
C = CERIA, KRITIS, KREATIF, DAN BERINOVASI
K = KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN
VISI
SK RAMUAN CHINA KECHIL
"SKRCK MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DAN CERIA DI DAERAH ALOR GAJAH MENJELANG 2015"
MISI
SK RAMUAN CHINA KECHIL
- MELAHIRKAN MURID-MURID CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM
- DAN KO-KURIKULUM DAN MEMPUNYAI SAHSIAH TERPUJI MELALUI PEMBELAJARAN BERKUALITI
No comments:
Post a Comment